Susun atur dan saiz Tatami

Susun atur tipikal untuk bilik 4 1/2 tikarSusun atur tipikal untuk bilik minum teh 4 1/2 tikar

Terdapat berbagai-bagai peraturan mengenai bilangan dan susun atur tikar tatami; susun atur yang tidak bertuah dikatakan akan membawa nasib malang. Tikar di rumah-rumah harus tidak disusun dalam corak grid dan dalam mana-mana satu susun atur, bilangan sudut tikar yang bertemu tidak boleh melebihi dua.

Di Jepun, saiz bilik biasanya diukur dengan bilangan tikar tatami (-畳 -jō). Ukuran tikar yang tradisional ditetapkan pada saiz 90 sentimeter x 180 sentimeter (1.62 meter persegi), dengan tebal sebanyak 5 sentimeter (35.5 inci x 71 inci x 2 inci). Tikar separuh, dengan ukuran 90 sentimeter x 90 sentimeter (35.5 inci x 35.5 inci) juga dibuat.

Secara tradisi, kedai-kedai direka bentuk dengan saiz 5½ keping tikar (8.91 m²), manakala bilik minum teh dan restoran teh seringnya berukuran 4½ keping tikar (7.29 m²). Oleh sebab saiznya ditetapkan, bilik-bilik dalam binaan Jepun tradisional berukuran gandaan-gandaan 90 sentimeter. Tikar-tikar dari Kyoto dan bahagian-bahagian barat Jepun berukuran 85 sentimeter x 170 sentimeter (1.53 m²; 33.5 inci x 70.5 inci) dan oleh itu, adalah kecil sedikit berbanding dengan tikar-tikar dari Tokyo dan bahagian-bahagian Timur.